Biro Maklumat Cek (BMC)
BMC adalah singkatan dari Biro Maklumat Cek. Nama-nama yang ada dalam senarai BMC ni adalah berpunca dari penggunaan cheque book yang didapati setelah membuka akaun semasa (current account) di mana-mana bank saudagar di malaysia. apabila kita mengeluarkan cek kepada orang lain, duit mesti ada dan melebihi dari jumlah di dalam cek. jika jumlah tak cukup, cek itu akan di returned oleh pihak bank. Kita tidak boleh ada tiga keping cek returned (disebabkan insufficient fund sahaja) dalam masa satu tahun (bermula dari tarikh kejadian pertama). dua kali okay lagi, kali ketiga, nama akan masuk dalam senarai black listed dan bank negara akan keluarkan surat arahan pada pihak bank agar akaun semasa tersebut di tutup. dan bank2 lain pun akan mendapat arahan yang sama. So bank yg lain pun akan check juga kalau nama2 dalam senarai CTOS itu ada akaun semasa dengan mereka dan jika ada akaun semasa tersebut juga akan ditutup. bila dah tutup akaun, org tersebut tak boleh buka akaun semasa di mana-mana bank dalam masa 6 bulan. selepas 6 bulan, ada pula tempoh probation selama 2 tahun. so nak buka akaun semasa selepas 6 bulan boleh tapi tertakluk pada polisi bank. ada setengan bank yg bagi buka, ada tu tak kasi langsung. Dalam kes-kes tertentu, mungkin dibenarkan buka akaun semasa tapi tak boleh ada cheque book. atau boleh dapat cheque book tapi sekali sahaja cek tendang, akaun tersebut akan ditutup.
3 Comments:
Sy dr terengganu..sy kena kes ni da melebihi 5tahun..kenapa masih tak clear dan sy menghadapi masalah nak buka akaun baru..
Sy dr terengganu..sy kena kes ni da melebihi 5tahun..kenapa masih tak clear dan sy menghadapi masalah nak buka akaun baru..
Salam, nak tanya.
Akaun semasa sy ditutup, tanpa sebab. Sy penah dpt surat peringatan. Baki dalam akaun mengcukupi, masalah yer ialah sign sy xtetap. Bila sy pegi mayabnk dorg ckp akaun sy fh ditutup. Dan sy xleh bukak akaun semasa kt mana2 bank selama 3 tahun. Btul ke.. sy nk tanya dgn lebih lanjut tp dorg busy sgt xnak lyan.
Post a Comment
<< Home